Posted by Posted by akusajad On 7:30 PM

AKU RACE HALAL
D
I SEPANG CIRCUIT

Tidak pernah terlintas di hati, mahupun perut atau mana mana abdomen dalam badan aku nie, utk beraksi di litar sepang. Lagipun, aku bukan bawak motor laju sangat pung.. lebih2 lagi nak melayan korner2 tajam di sepang lagii lah.. tak kuasa aku..


Tapi ntah camner ntah, aku ditakdirkan jua bertemu ruas dgn Litar Sepang.. Mungkin itu dikatakan jodoh..hehe..meskipun saat dan ketika itu, seminggu sebelum Race, moto ku semput2 seperti owner dia jugak.. menagih wang di ujung bulan. Mujurlah si Panjang (pomen motor aku..),sudi memberikan khidmat dan pertolongan untuk membaik pulih motor aku menjelang 3 hari sebelum perlumbaan dan sudi memberi hutang sehingga menjelang gaji..

Apa tidaknya, kelengkapan race seperti knee pad, helmet full face, riding boots,glove dan jacket ber padding adalah diantara barang2 wajib yg perlu ada sebelum race dah pun dibeli…itu adalah syarat wajib utk menyertai lumba halal di sepang nie..hmm.. bukan senang nak lumba halal nie.. Persiapan rapi telah dibuat sebulan lebih awal dimana aku turut menjebakkan rakan2 sepermotoran lain utk bersama sama aku beraksi di litar..sekurang kurangnya..tak la malu sangat.


Apapun, debaran tetap dirasakan meskipun sebulan sebelum race bermula..inikan pulak menjelang hari race tersebut.. Tak ble tido aku di buatnya..jantung berdegup kencang sepanjang malam, menyukarkan aku utk tido.. dan bg utk langkah berjaga jaga, aku bermalam di rumah panjang agar pasti aku akan bangun pagi dan saing sekali bersama sama nya ke sepang pada keesokkan harinya..(lagipun, panjang juga nak memastikan bahawasanya aku tidak lari kemana mana menjelang race..heheh).


Seawal pukul enam pagi pd subuh hari itu, tatkala ayam belum pun berkokok..(lagipun rumah panjang kat jinjang mana ada ayam..hehehe..bapak ayam adaa la kut..huhu..), kami telah pun bangun dan bersiap sedia utk ke sepang.


Dengan berbekalkan tido 2 jam pada pagi itu (memandangkan aku tak berapa nak lena tdo memikirkan race sepang..huhu..), kami berkumpul di check point kami iaitu di stesen minyak sg besi, maka setelah semua hadir, kami terus menuju ke sepang.. dan berhenti seketika di check point kedua di hentian nilai bagi sarapan pagi..aku tak berapa lalu nak sarapan, takut kalau2 tika race nak terasa terberak la pulak nanti..hehe..


Setibanya di Sepang, para pelumba dikehendaki mengisi borang terlebih dahulu.. surat kematian rasanya sebelum membuat pembayaran 80 henggek.huhu. kiranya, sekiranya berlaku apa apa adalah diatas tanggungan sendiri la tu.

Kemudian kami menuju ke pit yg telah disediakan.. debaran jantung ketika itu hanya Tuhan aje la yg tahu.. jantung berdegup kencang, lebih kencang dari piston yg bergelodak dalam blok aku..


Apa yg pasti disini, tatkala siren utk kami keluar dr pit menuju keluar ke litar secara rasminya amatlah menggamit perasaan aku..tiada lagi jalan pulang.. tiada lagi menoleh ke belakang hanya ke depan.. sebelum keluar juga, marshall bertugas memastikan kami memenuhi syarat yg ditetapkan.. Lap pertama, lap rasmi aku melihat dekat dekat litar bertaraf dunia ini.. Ku amat amati tar tar di litar itu amat berlainan sekali..bagaikan baru sahaja diturap keadaannya. Lap pertama ada sessi suai kenal aku dgn korner2 merbahya di litar.. lap pertama adalah lap yg agak santai bagi menyesuaikan diri dgn litar.


Pun begitu, tiada siapa dapat menafikan perasaan debar di jiwaku.. macam macam korner ada disini bagi pelumba2 di luar sana, ada korner bulat, korner L, korner patah, korner roundabout dan byk lagi di situ.. Setiap korner ku ambil dgn teliti mencari side side dan cara cara yg pasti utk mengambil korner itu kelak pada lap2 yg seterusnya..

3 Lap santai dgn kelajuan makin meningkat lebih lebih lagi ada pelumba2 lain yg mula meracun aku utk lebih laju..


Ku hanya mampu bertawakkal agar jgn aku tergolek lagi seperti dulu dulu (sbb record kemalangan aku agak ble tahan gak statistic nya..)Korner demi korner ku rasakan semakin laju.. semangat lebih membara apabila ada motor2 lain memotong aku dan lebih membara apabila aku berupaya memotongnya balik.. badan di rebah tatkala menghadapi korner2 tajam, tidak seperti mula mula pada sessi pemanasan badan di lap 1 dan 3.. apa yg pasti aku berjaya menguasai perasaan takut ku di litar dan berjaya menghabiskan kira kira 18lap di litar sepang.


Terima kasih dan syukur pada Illahi kerana tiada kemalangan yg tak diingini berlaku di litar.. Pada kengkawan aku yg berjaya turut serta ber race sesame aku, terima kasih diucapkan. Apapapun, inilah pengalaman berharga didalam hidup aku.. adakah aku akan race lagi..?ntahlah..siap a tahu… tapi yg pasti bukan waktu2 terdekat ini..hehe..


3 comments

  1. pieja Said,

    bagus2..jgn lumba haram tau..x elok berlumbe kt jlnraya..bhy..lbh2 lg klu bwk penumpang..yg pnting, igt la org tersayang...huhu...

    Posted on July 30, 2009 at 12:27 AM

     
  2. AbuZar Said,

    umang laju eh ekau bawak jang hahah - sunduq

    Posted on May 23, 2011 at 10:54 PM

     
  3. otapir Said,

    salam.... lama tak b'sapa.....

    Posted on February 21, 2013 at 3:12 PM

     

Post a Comment